Monday, 19 January 2015

PENGENALAN


BENGKEL AYAT SERIBU DINAR ANUGERAH AGUNG
(PROGRAM TERBARU ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE TAHUN 2015)

Mengungkap Misteri Dan Keajaiban AYAT SERIBU DINAR
AMALAN JADI JUTAWAN MUSLIM BERSANAD DARI WALIYULLAH KANJENG SUNAN KALIJAGA UNTUK MERAIH KEKAYAAN DAHSYAT,PENSUGIHAN,IBU DUIT KAROMAH AYAT SERIBU DINAR, POHON HARTA,PENGUBATAN, KESELAMATAN & KEKEBALAN, PELARISAN,KUNCI TERKABULNYA SEGALA HAJAT,SOLUSI PENYELESAIAN SEGALA MASALAH, MEMBEBASKAN DIRI DARI KESULITAN,RUMAHTANGGA BAHAGIA,KEBERUNTUNGAN HIDUP,MEMBEBASKAN DIRI DARI HUTANG DAN KEMISKINAN DLL
Syukur dan puji adalah hak mutlaq bagi Allah SWT yang telah berjanji akan memperkenankan doa para hambaNya,dan selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW ahli keluarga,sahabat dan tabi’in sekalian. Seterusnya orang-orang yang mencintai serta mengikuti ajarannya hingga hari yang penghabisan.

Bengkel Ayat Seribu Dinar ini merupakan Program yang mengupas tentang Ayat Seribu Dinar serta kaedah pengamalannya yang khusus.program keilmuan ini memperkatakan tentang rahsia dan fadhilat Ayat 1000 Dinar.Kerana dari sekian banyak ayat Al-Quran yang selalu disebut-sebut orang terdapat beberapa ayat yang paling popular sebutannya. Salah satu daripada ayat-ayat tersebut ialah AYAT SERIBU DINAR.

Dalam hidup ini takkan ada orang yang boleh melarikan diri dari masalah. Setiap kita akan bertemu dengan masalah, Kerana hidup itu sendiri sebenarnya adalah kumpulan masalah, ujian dan cubaan, sebagaimana Allah telah menjelaskan dalam al-Qur'an:

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (QS. al-Mulk: 2)

Amalan Kekayaan yang terkandung dalam Rahsia Amalan Ayat Seribu Dinar yang diajarkan oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D sangat mudah dipraktikalkan oleh sesiapa sahaja. Pengamal amalan ini Tidak perlu melakukan puasa, tidak perlu ritual yang berat, tidak memiliki pantangan khusus, tanpa kesan sampingan yang negatif, sangat selamat dan sudah pasti halal. Kekayaan berlimpah yang anda dapatkan berasal dari sumber yang halal dan dan secara Sunatullah..

Merupakan sebuah program keilmuan yang begitu langka dan sangat istimewa buat kita semua. Begitu Sakral,Daya Tuah Tinggi,menakjubkan serta memiliki kekuatan Energi Haq yang Super Dahsyat.

Oleh yang demikian,program keilmuan Ayat Seribu Dinar ini sangat berguna bagi kita semua,terutama bagi mereka yang sedang sangat-sangat memerlukan “Keajaiban” agar bisnes lancar,maju pesat,sukses luarbiasa dan berkah.

Keilmuan ini juga mengajak Anda semua agar dapat mengalami keajaiban demi keajaiban dan kejutan demi kejutan dalam kehidupan pengamalnya. Program ini merupakan jawapan bagi setiap permintaan,keinginan dan hajat pengamalnya agar wujud menjadi kenyataan.In Sya Allah…..

Apa kaitannya dengan Bengkel ini?
Barangsiapa yang mengamalkan ayat-ayat seribu dinar secara khusus yang akan dibuka rahsianya dalam Bengkel Kekayaan Agung Ayat Seribu Dinar, maka Allah akan memudahkan kehidupannya. Apabila Anda sebagai pengamal Amalan Seribu Dinar ini memahami serta menguasai rahsia amalan ini, Anda dalam berbagai macam hajat dan keperluan, termasuk urusan rezeki, urusan keluarga, urusan sosial, dan urusan apa saja yang diusahakannya akan mengalami pelbagai keajaiban yang luarbiasa terutama dalam hal yang berkaitan dengan rezeki dan kekayaan.


PENGENALAN
Ayat 1000 Dinar
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Ayat 2 - 3, Surah At-Thalaq ini lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar.’
Ayat-ayat ini merupakan amalan yang berkaitan dengan pemeliharaan Allah ketika menghadapi kemelut kehidupan dan kurniaan rezeki dariNya. 

Riwayat Turunnya Ayat 1000 Dinar
Ayat 1000 Dinar diturunkan oleh Allah SWT berkaitan peristiwa Auf bin Malik al-Asyja’i. Beliau mempunyai anak lelaki yang di tawan oleh kaum musyrikin. Lalu mengadu kepada Rasulullah SAW. Baginda meminta Auf agar bersabar, sambil bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan menjadikan jalan keluar bagimu.”

Ternyata tidak lama selepas itu anak Auf dilepaskan daripada tawanan musuh. Dalam perjalanan pulang, ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh, lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat-ayat, yang bermaksud: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki tanpa di duga.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir) 

Pengertian Ayat 1000 Dinar
Ayat-ayat ini merujuk kepada pengaruh taqwa dan tawakkal kepada Allah SWT dalam mengharungi kehidupan.  

*Bertaqwalah kepada Allah; dengan kuasaNya Allah akan membuka jalan keluar/penyelesaian bagi seseorang yang sedang menghadapi masalah kehidupan; yang kusut dirungkaikan, yang sulit dipermudahkan, yang kemelut diselamatkan, yang buntu-fikiran diberikan petunjuk, yang luluh-hati dihidupkan kembali harapan yang lebih membahagiakan.

Bagaimanakah bertaqwa kepada Allah? Menurut Rasulullah SAW, taqwa ialah "menta'ati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupakanNya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya". (Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Di samping itu, perlu waspada dan tidak tergesa-gesa dalam urusan kehidupan. Waspada terhadap tamak rakus manusia, tipudaya jin dan syaitan, atau kezaliman penganiaya. Saiyyidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Ubai lalu berbalas-tanya kepada Umar: "Pernahkah engkau melalui satu jalan yang berduri?" Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".Jawab Umar: "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai: "Itulah taqwa!!!".

“….Wal-‘aqibatu lil muttaqiin”(qasas, 83), akibat yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa!!! 

*Bertawakkallah kepada Allah, akan dicukupkan Allah baginya; setiap kesulitan ‎‎dipermudahkan, setiap cita-cita diupayakan mencapai, perwatakan menjadi lebih tenang, lebih mulia di pandang. Sabda Rasulullah SAW, ‎‎"Barangsiapa yang ingin dirinya menjadi orang yang paling kuat, maka hendaklah ia bertawakkal kepada Allah." Dan dalam satu hadis lain, Baginda bersabda, “Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah akan memberi rezeki kepada kamu sepertimana diberikan rezeki kepada burung. Burung itu keluar pada waktu pagi dengan perut yang kempis, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan perut berisi." 

Bagaimanakah bertawakkal kepada Allah? Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakal sebagai berikut, “Tawakal ialah menyandarkan kepada Allah tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala di timpa bencana, disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram."

Apabila menyandar dan berserah diri kepada Allah, Allahlah menjadi wakil bagi menyelesaikan persoalan atau masalah, memecahkan kebuntuan dalam upaya mencapai tujuan, mengupayakan apa jua impian, atau menyelamatkan dari sebarang ketakutan, musibah atau musuh. Namun, tawakkal bukan bererti menyandar dan berserah diri kepada Allah semata-mata, sambil menunggu hasil suatu pekerjaan, atau menanti akibat yang baik dari suatu keadaan, atau lansung mengharap pertolongan dariNya. Tawakkal perlu disertai usaha terlebih dahulu ke arah apa yang dicitakan, kemudian bertawakkal. Contohnya, dalam satu riwayat Rasulullah SAW melihat sekumpulan orang yang tidak bekerja. Baginda kemudian bertanya, "Apa yang kalian kerjakan?" Mereka menjawab,"Kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah." Nabi SAW bersabda, "Kamu tidak termasuk orang-orang yang bertawakal, tapi bergantung kepada orang lain." Contoh lain pula, ada seorang sahabat Rasulullah SAW meninggalkan untanya tanpa di ikat terlebih dahulu. Ketika di tanya mengapa tidak di ikat, ia menjawab, "aku telah benar-benar bertawakkal kepada Allah". Lalu Baginda berkata, "Tambatlah dahulu, kemudian bolehlah engkau bertawakkal."

Justeru, tawakkal sebenarnya menuntut ketinggian iman kepada Allah. Yakin kepada Allah di tahap tahkik (teguh, tidak goyang). Yakin yang istiqamah (berterusan) tanpa di serang keraguan. Terus yakin dan tetap sabar, meskipun hati remuk- redam di rundung sengsara, di landa kecewa, zahir mahupun batin. Orang yang kuat, tinggi keyakinannya, tidak keraguan menggoyah hatinya; manakala orang yang lemah pula rendah keyakinannya, sentiasa di hasut keraguan dan waswas. Nabi SAW bersabda dalam satu hadis sahih, “Dimakbulkan doa kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa”. Sahabat bertanya, ‎‎“Apa maksud tergesa-gesa”. Nabi menjawab, “Dia berdoa dan berkata bila nak dapat”. Dengan kata lain, dia meragui apa yang ada di sisi Allah !!!

*Bagaimanakah mengamalkan Ayat 1000 Dinar? Mewiridkan ayat ini umpama seseorang itu menyeru, menuntut perhatian dari Allah SWT kepada permasalahan, penghambatan atau kemelut kehidupan yang sedang dilalui oleh seseorang itu. Amalan wirid disertai dengan taqwa dan tawakkal; semakin hari semakin mendalam, semakin tahkik, semakin hilang waswas, semakin tulus ikhlas. Sehingga, Allah berkenan menjadi wakil kepada apa yang di tuntut perhatian dariNya.

Tidak terdapat kaifiyat khusus tentang berapa banyak Ayat 1000 Dinar yang perlu diwiridkan setiap hari. Ramai para peniaga, lazim mengamalkan ayat ini dengan cara menampal di kedai/tempat perniagaan, agar Allah SWT berkenan meluaskan kurniaan rezeki, memudahkan urusan dan terselesai masalah. 

Ada yang mewiridkan beberapa kali setiap selesai solat 5 waktu. Ada pula yang mewiridkan ratusan hingga ribuan kali setiap hari. Ada pula yang membataskan sehingga 41 atau 100 hari. Dan ada pula yang dawam mewiridkannya di dalam hati, umpama zikrullah, tidak menghitung berapa banyak dan tidak peduli berapa lama hari-hari yang dilalui. Justru, sebaiknya soal jumlah bilangan, waktu dan berapa lama terserah kepada setiap individu, asal sahaja tidak membebankan. Sebaik-baik amalan biarlah istiqamah (berterusan) meskipun sedikit bilangan!!!   

Bukti Kehebatan Ayat 1000 Dinar
Seorang hartawan telah bermimpi. Dalam mimpi ia didatangi seorang lelaki lalu menasihatinya; “Beramallah dengan hartamu sebanyak 1,000 dinar, sedekahkan kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran dan meminta-minta.” Mimpi itu terjadi berulang-ulang kali. Akhirnya, dilaksanakan menurut nasihat dalam mimpinya itu.

Suatu malam dia bermimpi, lelaki itu datang lagi kepadanya. Lalu mengajarkan beberapa ayat Al-Quran (Ayat 1000 Dinar), dianjurkan membaca dan mengamalkannya setiap pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan melepaskannya dari bahaya yang bakal menimpa diri. Terbangun daripada tidur, hartawan itu termenung memikirkan hubung-kait mimpinya dengan mimpi yang terdahulu. Oleh kerana kalimat-kalimat tersebut adalah ayat-ayat Quran, maka tanpa ragu-ragu di baca dan diamalkannya. 

Tidak lama kemudian, hartawan tersebut dalam suatu pelayaran, menumpang sebuah kapal layar, membawa barang dagangannya. Ketika kapal itu berada di tengah samudera luas, maka bertiuplah angin taufan yang kuat sehingga laut bergelora. Kapal itu terumbang-ambing di pukul gelombang laut yang besar. Kesemua penumpang cemas dan ketakutan. Nakhoda dan anak kapal sekelian berusaha sekuat tenaga untuk menyelamatkan kapal dan penumpangnya.

Keadaan semakin meruncing. Laut semakin bergelora. Gelombang semakin ganas membadai. Hujan pun semakin lebat. Suasana sekeliling bertambah gelap. Namun, hartawan tersebut tetap tenang, tetap berharap pertolongan Allah sambil terus membaca ‘Ayat 1000 Dinar’ yang telah diajarkan dalam mimpinya. Akhirnya kapal tersebut terhempas pada sebuah batu karang besar, dan pecah. Nasib sekelian anak-anak kapal tidak diketahui. Hartawan tersebut akhirnya terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat, bersama kesemua barang dagangannya.  

Demikianlah kehebatan kuasa Allah yang berlangsung melalui Ayat-Ayat 2-3, Surah At-Thalaq yang di terima oleh hartawan tersebut dalam mimpi dan diamalkannya dengan penuh keyakinan, disertai keteguhan imannya kepada Allah dalam bertaqwa dan bertawakkal ketika menghadapai musibah. Lalu ayat-ayat ini disebut ‘Ayat Seribu Dinar’ 


(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
SEJARAH AYAT SERIBU DINAR:


Bagaimana dan kenapa ayat ini dinamakan ayat seribu Dinar?
Sebenarnya ayat ini adalah salah satu daripada ayat Al-Quran. Iaitu dari Ayat 2 dan 3 surah At-Tolaq.

Nak tahu kenapa ayat ini dinamakan sebagai ayat seribu dinar?
Kisahnya begini, Pada suatu ketika dulu, adalah seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidhir AS. Mimpinya yang Pedagang ini diperintahkan Oleh Nabi Khidhir AS supaya bersedekah sebanyak 1000 dinar. Pedagang tersebut telah bermimpi sebanyak 3 kali dengan perkara yang sama. lalu pedagang tersebut mula merasakan yang mimpi itu adalah perkara yang benar.

Kemudian, Pedagang tersebut mengikut mimpi yang dilaluinya itu dengan bersedekah sebanyak 1000 dinar. Kemudian datang mimpi sekali lagi menemui Nabi Khidhir AS yang mana Nabi Khidhir AS mengajar pula ayat 2 hingga 3 surah At-Tolaq supaya diamalkan. Kemudian Pedagang tersebut terus mengamalkan ayat tersebut seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Khidhir AS.

Pada suatu hari ingin pergi berdagang ke suatu tempat dengan menggunakan jalan laut dengan menaiki kapal. Ketika dalam perjalanan,tiba-tiba ribut taufan yang amat dasyat datang membadai kapal pedagang tersebut. Dalam keadaan sebegitu,Pedagang tersebut hanya bertawakkal dan berserah sahaja kepada Allah sambil terus menerus membaca surah yang seperti mana diajar oleh Nabi Khaidhir dalam mimpinya itu.

Dan akhirnya kapal mereka pecah dipukul ombak besar dan semua penumpang dan anak kapal pedagang mati dan kembali ke Rahmatullah kecuali hanya pedagang tersebut sahaja yang masih hidup, sehinggalah ribut sudah reda dan pedagang tersebut tersedar dan mendapati dirinya sudah berada ditepi pantai di sebuah negeri bersama barang-barangnya yang tidak sedikitpun rosak.

Sambil menadah tangan dan mengucap kesyukuran kepada Allah yang maha berkuasa dengan kehendaknya dan hikmah disebalik membaca ayat seribu dinar itu maka pedagang itu selamat. Lalu, pedagang tersebut menagmbil keputusan untuk tinggal sahaja di negeri tersebut dan ayat yang diajar Nabi Khidhir AS terus diamalkan.

Selama pedagang tersebut tinggal di negeri itu, pedagang tersebut mengambil keputusan berniaga dan berdagang dengan penduduk setempat. Dengan amalannya membaca ayat seribu dinar. Kemudian dengan izin Allah, pedagang tersebut telah diangkat sebagai raja dalam negeri itu (rezeki yang tidak disangka-sangkanya.)

Begitulah kisahnya disebalik nama ayat seribu dinar…Oleh itu marilah kita mengamalkan ayat ini dan berdoa supaya Allah mengizinkan kita dapat mengecapi kemurahan rezeki dan nikmat di dunia mahupun akhirat.

Dari cerita tersebutlah muncul nama Ayat Seribu Dinar yang kita kenal hingga sekarang, tak lain dan tak bukan kerana ayat yang diajarkan oleh Nabi Khidhir A.S. pada si pedagang tadi adalah ayat kedua dan ketiga dari QS. Ath Thalaaq. Selanjutnya sebagaimana disebutkan dalam dua ayat diatas, Bagi pengamal Ayat Seribu Dinar ini, Allah SWT akan  mengadakan  baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah SWT akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka serta Allah SWT akan menyampaikan  segala hajatnya  Maka secara ringkas ada tiga hal yang dijanjikan Allah SWT lewat surat Ath Thalaaq ayat 2-3, iaitu rezeki, keselamatan dan kemudahan.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.

Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

.Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.

Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.

Asbabun Nuzul QS Ath Tholaq 2-3
Terdapat beberapa riwayat yang menyebutkan tentang asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) ayat seribu dinar ini. Diantaranya adalah :

Dalam suatu riwayat dijelaskan bahwa ayat 3 surat Ath-Tholaq ini turun berkenaan dengan seorang suku Asyja' yang fakir, cekatan dan banyak anak. Ia menghadap Rasulullah SAW dan meminta bantuan beliau (tentang anaknya yang ditawan oleh musuh dan tentang penderitaan hidupnya). Rasulullah SAW bersabda,"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah" Tidak lama kemudian datanglah anaknya yang ditawan itu sambil membawa seekor kambing (hasil rampasan dari musuh sewaktu melarikan diri). Hal ini segera dilaporkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda,"Makanlah kambing itu"
(HR Al Hakim dan Jabir)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa Auf bin Malik al Asyja'i menghadap kepada Rasulullah SAW dan berkata,"Anakku ditawan musuh, dan ibunya sangat gelisah. Apa yang akan engkau perintahkan kepadaku wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW. bersabda,"Aku perintahkan agar engkau dan isterimu memperbanyak mengucapkan ; Laa haula walaa quwwata ilaa billah". Lalu kemudian berkata isterinya,"Alangkah baiknya apa yang diperintahkan Rasul kepadamu." Lalu pasangan suami isteri tersebut memperbanyak bacaan itu. Di waktu musuh sedang lalai, anaknya yang ditawan itu berhasil kabur sambil membawa pulang kambing musuhnya ke rumah bapaknya.

(HR Ibnu Mardawaih dan Al Khatib yang bersumber dari Ibnu Abbas)

Dari keterangan asbabun nuzul ayat diatas dapat diambil suatu kesimpulan bahawa :
Allah akan memberi jalan keluar bagi hamba Nya yang bertaqwa kepada Nya.
Allah akan memberi pertolongan dan memudahkan urusan orang yang bertaqwa.
Allah akan mengabulkan hajat keperluan orang yang bertaqwa.
Allah akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertaqwa.
Maka dari itu kata kunci dari pengamalan ayat seribu dinar ini adalah "taqwa" itu sendiri. Tentang hal ini Rasulullah SAW pernah menjelaskan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzarrin ra.
Ia berkata,"Ketika Rasulullah SAW membaca QS Ath Tholaq ayat 2-3 maka beliau terus mengulanginya sampai beliau mengantuk, lalu bersabda: Wahai Abu Dzarrin, seandainya semua manusia mengambilnya (mengamalkan ayat tersebut), maka sungguh ia akan mencukupkan mereka."
(HR Ahmad, Nasa'i, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Ibnu Mardawaih dan Baihaqi)

Kemudian Nabi SAW juga menerangkan sebagaimana diriwayatkan oleh Mu'adz bin Jabal ra.

Bahwa Rasulullah SAW. bersabda,"Wahai manusia, jadikan taqwa kepada Allah sebagai dagangan kalian! Niscaya rezeki akan mendatangi kalian dengan tanpa barang dagangan dan perdagangan." Kemudian beliau SAW. membaca QS Ath Tholaq 2-3

(HR Thabrani, Ibnu Mardawaih, Abu Na'im dan Daelami)

Dari dua keterangan hadis diatas dapat difahami bahawa keistimewaan ayat seribu dinar itu terletak pada isi kandungan ayat tersebut iaitu taqwa kepada Allah, bukan kepada pengamalan pembacaan ayat-ayatnya yang tersurat. Atau dengan kata lain kita akan mendapatkan kemudahan dalam setiap urusan dan rezeki yang tiada disangka-sangka dari Allah, jika kita mengamalkan ayat ini atau menjalani taqwa kepada Allah.

Namun ada pula keterangan yang menjelaskan tentang keistimewaan membaca ayat-ayat ini. Sahabat Ibnu Abbas ra. pernah berkata,"Siapa yang membaca ayat-ayat ini di hadapan penguasa penguasa yang ia takuti kezhalimannya, atau ketika terjadi ombak yang ia takut tenggelam, atau ketika berhadapan dengan binatang buas, maka hal itu tidak akan membahayakan sedikitpun"

(Disebutkan As-Suyuthi dalam Kitab Durrul Mantsur)

Maka dari itu jelaslah sudah untuk mendapatkan pertolongan Allah akan kesulitan urusan duniawi dan mendapatkan rezeki yang tidak disangka-sangka kuncinya adalah bertaqwa kepada Allah sebagaimana disebutkan dalam ayat seribu dinar ini.